Friday, 25 January 2013

Siapa diri KAU ketika dalam hubungan

Assalammualaikum semua.. 

Hai,bertemu lagi. apa khabar? Harap sihat2 la hendaknya yaa.. Seperti yang telah tertulis pada title entry kali ini ; Siapa diri KAU ketika dalam hubungan. Aku bukan pakar nasihat dalam hubungan sesama makhluk, yep aku sedar itu. Cuma aku selalu dijadikan pakar nasihat yang tidak bertauliah ole teman2 rapat. Mereka selalu mengadu tentang masalah komunikasi dengan sang kekasih, emosi lebih ketika cemburu and something like that. Isu utama yang sering aku dengar adalah si boyfriend blah blah blah. Aku selalu tefikir yang hubungan aku pun kadang-kadang bermasalah juga. Tapi entah dari mana datangnya jalan penyelesaian tu. So here i want to share with all of you , how my relationship in a good condition.

Okay first of all, kita kena jadi diri kita sendiri. Okay lets say pada awal perkenalan , hubungan kau dengan dia macam indah-indah belaka ja. I mean waktu keluar lunch biasanya kau habiskan 2 piring nasi dan ambil bermacam-macam jenis lauk, makanan kau tu hampir setinggi gunung Kinabalu tapi bila berdepan and luch dengan sang kekasih, sebutir nasi pun xhabis kau telan. Semuanya kau kena control. Maksud aku kau berlakon depan dia. Itu bukan diri kau kan? So, kau kena la tunjukkan diri kau sebenar. Yep , aku juga pernah lalui benda tu. bila aku memula kenal sufian, ayam kfc selalu xhabis. Then masa perut berbunyi2 barula mahu mengomel sendiri. Kan dah rugi? Aku tahu.. semua perkara kita kena control d awal perkenalan. Tapi sampai bila? Kita harus mengutamakan keselesaan diri kita kan? Bila kita rasa selesa, nescaya pasangan kita juga akan rasa benda yang sama. Xperlu malu dengan diri sendiri bila itu adalah diri kamu. Lets say yang aku kekal dengan fake aku tu, hah.. sampai bila-bila pun aku rasa menyesal sebab xhabiskan ayam kfc kan? Tu namanya menyiksa diri. So sekarang ni, bila aku bersama sufian, itu adalah diri aku yang sebenar. Dah buat order kfc, kalau aku lapar sangat, makanan sufian sekali aku rembat. Aku peduli hapa?? Kita kena jadi diri sendiri kan? D awal perkenalan tu aku memang x nampak ayu tahap dewa d mata sufian till dia sendiri cakap yang aku ni ‘aktif’. Dia cop aku sebegitu rupa agar aku xberkcil hati. Haha :D walhal aku memang jenis yang hyper, xreti duduk diam, suka aktiviti yang lasak, ciri-ciri keperempuanan yang agak low, style yang bedal and hentam jaa and bole laa buang mana-mana pelusuk dunia, insyallah boleh hidup punya. So.. start dari sana, I am become the real me. Bila aku rasa aku mahu gelak, aku akan gelak puas-puas. Sampaila satu tahap tu sufian suruh aku berhenti. Hehe..
Kedua, jangan laa kau ajak sekali kekasih kau tu becerita mengenai make up, high heels, or perkara yang kau selalu buat dengan girfriend2 kau tu hah. Xnya pening dia layan topic kau yang d kira offside tu. hahaha.. melainkan boyfie kau tu memang pakar perunding fesyen wanita kehkehkeh.. kau ajakla berborak mengenai masa depan kamu, apa plan bila sesama pada masa akan datang, tanya serba sedikit tentang background family dia, hobi dia, fav food dia or whatever yang kau anggap dia selesa untuk jawab and make sure kau xkan sentuh soal bekas kekasih kaa hapa. Sebab, benda tu akan ‘kill the best mood’ antara kamu. Biarkan jaa benda yang sudah berlalu. Kalau diungkit, itu akan menyakitkan kedua-dua belah pihak. Yang sorang bernanah telinga dengar story lama, and yang sorang lagi berdarah hati ingat kisah lalu,hah xgitu?
Ketiga pula, kau kena terima diri dia seadanya. Kalau kau rasa kau xsuka dia sebab dia ada parut dekat kening, parut dekat dahi, parut dekat jari telujuk or WHATEVER, its better to leave. Sebab benda tu akan buat kau rasa xselesa, kau xsuka. So untuk apa kau teruskan? Am I rite? Contohnya, kau dah tahu boyfriend kau suka kentut, dan kau allergic gila dekat bau-bau macam tu..untuk apa kau pertahankan? Pretend yang kau okay? maybe tu memula.. lama kelamaan kau akan give up juga kan? So.. the solution is..kau kena terima pasangan kau tu apa adanya. Xkira la apapn kecacatan fizikal dia. Jangan set yang benda tu buat kau terbeban. Jangan sesekali fikir bila kau tinggalkan si dia sebab dia kuat kentut, kau akan jumpa orang macam tu lagi.
Keempat, bila kau rasa memang dia orang yang sesuai, yang kau tunggu-tunggu dan carik selama ni, apa kata kau ajak dia jumpa parents kau. Mintak restu yang kau berkawan rapat dengan sidia. Kau kena biasakan dia dalam family kau. Begitu juga kau, kan? Sebab mama aku cakap, bila kita cinta seseorang, bila kita tefikir untuk berkhawin dan mulakan hidup baru dengan seseorang, kita bukan jaa akan hidup dengan dia, tapi kita kena hidup, cinta , berumahtangga dengan family dia juga. Kita kena biasakan diri kita. Yep, xsemudah itu kan? That’s why laa kita kena ready untuk semua tu. aku tahu, bila kau dalam family dia, kau xbole komplen masakan bakal mama mertua kau macam kau komplen masakan mama kau yang kurang masin kaa..kurang manis kaa @ apa2 jaa. Kau juga xkan berbaring d atas paha bakal mama mertua kau macam kau berbaring dan manja-manja dekat mama kau kan? Itu beza dia. Mungkin kau akan jadi sedikit pendiam dan malu-malu kucing. Tapi itu hakikat sebenar. So, ambil masa untuk biasakan diri. Syukur Alhamdulillah, family sufian semuanya baik-baik belaka. Mereka treat aku ibarat aku ni sebahagian dari family itu. Now, aku bukan sahaja ada sufian, malah aku ada mama bapa sufian,atok, nenek, aku ada kak mimi, emong, noni, acing, ati, makcik jannah, pakcik zul, ira, ikram, and all of them. Mereka sangat baik dekat aku..

Okay ke lima, bila kau ada masala dengan boyfie kau, janganla kau canang story pasal kamu kat satu dunia. Kan? Ada baiknya kamu berbincang dan jangan degil untuk mengakui kesilapan dan jangan keras hati untuk memaafkan.Aku selalu ada trouble dengan yang ni. bila marah aku meluap-luap, ego aku jadi tinggi. setinggi Gunung Kinabalu. err lepas tu aku akan cuba sakitkan hati si Sufian. Dalam masa yang sama juga aku akan rasa sakit hati sekali. well, dah namanya pun berselisih faham.. Then, encik tunang aku ni memang jenis penyabar tahap dewa. susah untuk tengok dia marah, mungkin dalam setahun pun, dia akan marah sekali jaa kot. tu pun disebabkan kerja berlambak. hehe..

ERR.. Blurr sekarang, nanti sambung lagi eh. cuz kejap lagi Encik Sufian datang rumah lepas solat Jumaat. Lunch disini with bapa tersayang. got to go. bye

No comments:

Post a Comment